" Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." - Surah al-Baqarah, ayat 183.

Sunday, August 15, 2010

Antara 31 Ogos & 16 September

Lebih kurang dua minggu lagi seluruh rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 iaitu pada 31 Ogos 2010. Tentunya dipihak kerajaan telah menyiapkan agenda dan aktiviti-aktiviti yang hendak diadakan pada hari tersebut. Seperti lazimnya sambutan akan diadakan diperingkat persekutuan dan juga di peringkat negeri seluruh Negara termasuklah Sabah dan Sarawak.


Kalau dilihat dari segi sejarah, tanggal 31 Ogos adalah hari kemerdekaan bagi Tanah Melayu dan bukannya bagi Sabah dan Sarawak. Ini kerana, Sabah dan Sarawak hanya membantu dalam pembentukan sebuah Negara yang sekarang ini dinamakan Malaysia dengan Tanah Melayu atau Malaya pada 16 September 1963 seperti yang termaktub dalam lipatan sejarah. Persoalannya apakah patut Sabah dan Sarawak bersama-sama menyambut hari kebangsaan 31 Ogos dengan aktiviti serupa di Semenanjung Malaysia? Mungkin perkara ini perlu difikirkan dan diperjelaskan kepada rakyat seluruhnya untuk mengelakkan kekeliruan.

Bukanlah niat untuk membina suatu blok perbezaan diantara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak (Borneo), tetapi untuk mencari perkara sebenar agar rakyat dan generasi seterusnya melakukan perkara yang sebenar bukan hanya ikut membuta tuli dengan orang lain yang mungkin tiada kaitan dengannya. Seperti yang kita tahun sebelum, tanggal 16 September telah diumumkan oleh kerajaan sebagai cuti umum bagi Sabah dan Sarawak atas sebab pembentukan negara Malaysia dengan kemasukan dua wilayah tersebut. Lagi satu persoalan, apakah hari kemerdekaan bagi Sabah dan Sarawak iaitu pada 16 September sama dengan Hari Kebangsaan 31 Ogos? Dari segi tarikhnya, sudah tentu berbeza dan ini mengelirukan rakyat khususnya Sabah dan Sarawak. Itu pun selepas parti pembangkang banyak mempersoalkan perkara ini barulah pihak kerajaan member perhatian tarikh 16 September ini sekaligus mengistiharkan ia sebagai cuti umum bagi memperingai dan meraikannya. Tanpa prejudis, seolah-olah semacam ada yang tidak betul.

Perlu juga diketahui, bilakah sebenarnya bendera Malaysia Jalur Gemilang dicipta dan secara rasmi dikibarkan sebagai bendera negara Malaysia? Adakah ketika hari kemerdekaan 31 Ogos 1957, pada 16 September 1963 atau bila? Mungkin ahli dan pakar sejarah atau sesiapa sahaja boleh menyatakan perkara ini.

Semoga Hari Kebangsaan yang disambut setiap tahun member erti sebenar kemerdekaan bagi seluruh rakyat Malaysia bukan hanya oleh sesetengah pihak.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ulang Tahun yang ke-53 pada 31 Ogos 2010.

Saturday, August 14, 2010

Kg Pasir Putih Banjir Kilat - 3 (Sumbangan YB)

Setelah hampir dua minggu lebih, barulah kelihatan kelibat Datuk YB berkunjung ke Kg Pasir Putih yang dilanda banjir kilat pada 29/07/2010. Dilaporkan, antara yang datang berkunjung ialah Ahli Parlimen Kalabakan YB Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Hj Salleh, Adun Tanjung batu, YB Hamisa Binti Samat dan Adun Merotai YB Pang Yuk Ming yang mana Kg Pasir Putih termasuk dalam kawasannya (DUN Merotai), bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pasir Putih, En Jailani serta ahli jawantankuasa kampung yang lain.


Ketibaan mereka bertujuan untuk memberi bantuan wang tunai sebanyak RM200 seorang kepada penduduk kampung yang terlibat banjir dan telah mendaftar dengan JKKK. Disamping itu juga, dilaporkan papan lapis juga akan disumbangkan kepada mereka yang terlibat dengan bencana banjir. Menurut penduduk yang hadir, hanya 400 orang sahaja yang layak menerima bantuan kerana nama mereka ada didalam rekod pendaftaran mangsa banjir. Malangnya, sebahagian penduduk kampung yang terlibat dengan banjir yang mana rumah mereka hampir tenggelam dan kesemua isirumah ditenggelami air dan sudah rosak tidak mendapat bantuan tersebut. Alasan yang diberikan oleh JKKK, nama mereka tidak ada didalam rekod pendaftaran mangsa banjir.

Sepatutnya pihak JKKK dan ahlinya pergi di setiap rumah yang dilanda banjir dan bukannya mengharap penduduk datang kepada mereka untuk mendaftar nama mereka sebaik sahaja air banjir surut. Pihak JKKK hanya membuka pendaftaran mangsa di Masjid Kg Pasir Putih yang mana jarak diantara kawasan kampung yang dilanda banjir dengan masjid lebig kurang 500-700 meter jauhnya. Dalam keadaan yang serba susah dan trauma selepas kejadian banjir itu, sudah tentu mangsa keletihan dan ada yang cedera. Ada juga yang dilaporkan hampir lemas namun dapat diselamat oleh saudara mereka yang masih terselamat. Ini baru sebahagian laporan yang diketahui belum lagi laporan dari mereka yang lain. Jadi, pihak JKKK harus peka dan bertindak betul dalam menentukan mangsa banjir yang layak menerima bantuan bukan hanya berpandukan senarai nama diatas kertas semata-mata. Pihak JKKK dan ahlinya harus turun padang mengaudit rumah-rumah yang sepatutnya mendapat bantuan segera, dan inilah cara yang sebenarnya. Ada laporan dari penduduk kampung, penduduk yang bukan asal disitu atau pendatang yang memegang dokumen passport pun mendapat bantuan, tetapi penduduk yang menetap sejak kampung ini dibuka dan warganegara tidak mendapat bantuan. Ini sesuatu yang tidak dapat diterima. Sekali lagi, pihak JKKK tidak wajar berpandukan senarai nama yang didaftar semata-mata, tapi pihak JKKK harus turun padang melihat siapakah yang layak mendapat bantuan!

Apakah pihak JKKK tidak mempunyai rekod dan senarai rumah kampung sendiri, yang menyebabkan mereka tidak tahu bagaimana hendak melakukan perkara yang sebenar? Sejak kampong ini dibuka kira-kira pada awal 80-an dulu, boleh dikatakan ketua kampong yang awal sahaja yang mengambil berat pasal kampung ini dan mengetahui hal-ehwal anak-anak buahnya tidak seperti akhir-akhir ini. Sesetengah penduduk kampung tidak mengetahui ketua atau JKKK kampung mereka, ini amat menyedihkan. Sebagai orang nombor satu di sesebuah kampung, ketua atau JKKK harus “turun padang” menjenguk orang kampung agar dapat mengurus-tadbir kampung dengan baik. Tapi inilah akibatnya jika sebaliknya. Pihak JKKK sepatutnya membentuk suatu Jawatankuasa Bantuan Bencana dan Pertolongan Cemas memandang kampung ini sering diancam bencana banjir ini. Adakah pihak JKKK terfikir akan hal ini?

Sekali lagi, dipihak penduduk kampung dan rakyat melihat pentadbiran kampung oleh kerajaan yang memerintah tidak tersusun dan hanya pada nama, tiada tindakan yang mana penduduk kampung mendapat manfaat sepenuhnya. Seperti yang diketahui, negeri ini diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional dan dalam kawasan DUN Barisan Nasional.

Apapun, kita mengucapkan terima kasih kepada YB-YB yang akhirnya memberikan masa menghulurkan bantuan kepada rakyat walaupun agak terlewat lebih-lebih lagi dalam umat Islam bersiap sedia menyambut bulan puasa Ramadhan Al-Mubarak. Sebaik-baik bantuan ketika penduduk ditimpa malapetaka dan mempercepatkan bantuan secepat mungkin kepada golongan sasar.

Bagi pihak penduduk kampung ini juga, ucapan terima kasih kepada Persatuan Bugis Tawau yang datang menghulurkan bantuanberas dan gula awal sebaik selepas banjir melanda. Begitu juga kelihatan pasukan tentera darat datang membantu dalam membersihkan kawasan dan sebagainya. Semoga sumbangan dan usaha murni persatuan, pasukan mahupun orang perseorangan akan mendapat pahala dan ganjaran sebaiknya daripada Allah swt.

 

Kg Pasir Putih Banjir Kilat - 4 (JKM "Penat")

Dalam kes bencana banjir yang melanda Kg Pasir Putih pada 29/07/2010 baru-baru ini, terdapat laporan yang keluar dari mulut Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) semasa pemberian bantuan oleh Ahli Parlimen Kalabakan pada 14/08/2010, yang mana pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak memberikan kerjasama yang baik kepada pihak kampung yang memerlukan bantuan dan kebajikan. Pihak JKKK dilaporkan mencadangkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Tawau untuk bersama-sama turun ke rumah-rumah mangsa banjir bagi mengenal pasti penduduk yang layak mendapat bantuan. Tetapi malangnya, alasan yang diberikan oleh jabatan tersebut ialah “penat”. Mereka berasa usaha tersebut memenatkan jika hendak pergi ke setiap rumah yang dilanda banjir.


Ini suatu alasan dan ungkapan yang paling tidak boleh diterima. Apakah patut jabatan yang dipertanggungjawabkan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat mengeluarkan ungkapan sedemikian? Sebagai rakyat yang merdeka yang dilindungi oleh undang-undang dan perlembagaan, kami ingin bertanya kepada jabatan terbabit, apakah dasar jabatan ini ditubuhkan? Apakah yang kamu maksudkan dengan “penat” dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan gaji oleh kerajaan yang mana wang kerajaan itu hasil daripada rakyat jua. Kami adalah rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan setiap tahun. Apakah tujuan kutipan cukai tersbut dan dimanakah ia dibelanjakan?! Untuk siapa?

Mungkin jabatan tersebut harus memikirkan semula kenyataan yang dibuat, sebelum tindakan akan diambil oleh rakyat yang mahukan pembelaan dan keadilan. Jangan fikir kamu dibawah jabatan kerajaan kamu boleh berdolak-dalih dengan alasan yang sangat tidak munasabah. Alasan penat yang diungkapkan memang tidak boleh diterima. Memanglah jika kamu yang melakukan berseorangan, kamu akan berasa penat. Tapi gunakanlah akal fikiran yang Tuhan anugerahkan bagaimana hendak menyelesaikan sesuatu masalah bukannya secara mudah mengatakan ia suatu yang memenatkan.

Rasanya, isu ini tidak akan berhenti disini, sebagai rakyat isu ini akan diketengahkan bagi membuka semua mata rakyat Malaysia dan pemimpin negara yang begitu lantang dalam mengungkapkan slogan “rakyat didhulukan, pencapaian diutamakn”. Sebagai wakil mangsa banjir kampung ini, tindakan sewajarnya akan disusuli keatas kenyataan “penat” ini oleh jabatan kerajaan yang tidak bertanggungjawab.

Friday, August 13, 2010

BlackBerry

Research In Motion Limited (RIM) adalah sebuah syarikat perekacipta, pembuat dan pemasar produk tanpa wayar untuk pasaran komunikasi telefon mudah alih ke seluruh dunia. Melalui pembangunan bersepadu “hardware dan software” serta perkhidmatan-perkhidmatan yang menyokong piawaian jaringan tanpa wayar yang pelbagai, RIM menyediakan tapak dan penyelesaian bagi capaian mudah kepada maklumat masa sensitif, termasuk penggunaan emel, telefon, SMS, internet dan pangkalan intranet. Potfolio RIM adalah terdiri daripada produk, perkhidmatan dan “embedded technologies” yang digunakan oleh organisasi-organisasi di seluruh dunia dan memasukkan penyelesaian tanpa wayar BlackBerry, produk talian RIM Wireless Hand Held, peralatan pembangunan software dan lain-lain software dan hardware. Anak-anak syarikatnya termasuklah Research In Motion Corporation, Research In Motion UK Limited and RIM Finance, LLC. Pada 2 Jun 2010, Harman International telah menjual unit system beroperasi softwarenya, QNX Software System ke syarikat tersebut, RIM. Co-CEO James, Director Mr. L. Balsilie, Presiden, Co-CEO, Director Michael Lazaridis.



Baru-baru ini dunia komunikasi digemparkan dengan pengharaman BlackBerry oleh negara Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) atas sebab keraguan jaminan keselamatan penggunaan BlackBerry Messenger. Dilaporkan “server” BlackBerry adalah berpangkalan di Kanada menyebabkan Arab Saudi kurang selamat kerana tidak dapat memantau penggunaan BlackBerry tersebut oleh pengguna-penggunanya. Oleh sebab itu, Negara tersebut telah menghentikan perkhidmatan BlackBerry Messenger dalam beberapa jam kepada penggunanya. Kontroversi ini diselesaikan dengan mengadakan rundingan dengan RIM Kanada untuk mengadakan unit server BlackBerry sendiri di Arab Saudi agar mereka dapat melakukan pemantauan. Menurut sumber, terdapat 700,000 pengguna BlackBerry di Arab Saudi dan 500,000 di UAE.

Jika diteliti, memang ada kebenarannya tentang penggunaan “smartphone” yang canggih sebegini berpotensi diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Walaupun pada dasarnya, jurutera server dan IT BlackBerry mendakwa smartphone tersebut dilengkapi peralatan yang canggih untuk susah ditembusi oleh penceroboh mahupun virus.

Sungguhpun begitu, ramai dikalangan rakyat dan ahli-ahli IT di Indonesia mengambil langkah berwaspada terhadap penggunaan BlackBerry tersebut jika terdapat unsur-unsur cerobohan keselamatan dan maklumat oleh pihak lain. Seharusnya juga, pihak lain juga sentiasa memantau penggunanya agar alat canggih sebegini tidak disalahgunakan yang boleh mengundang isu-isu keselamatan khususnya keselamatan dan maklumat rahsia negara.

Buffet Ramadhan Syubhah

"Namun suatu pendedahan agak membimbangkan, tidak semua premis yang menawarkan sajian berbuka puasa itu diyakini status halal mereka. Satu kenyataan dari Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz sepertimana dipetik kebanyakan media cetak pada Rabu mendedahkan hanya 22 daripada sekian banyak hotel di sekitar Wilayah Persekutuan yang diberikan pensijilan halal oleh pihaknya.


Di atas hakikat itu, beliau memberi amaran kepada pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal agar tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadhan (menggambarkan seolah-olah ianya halal) atau berdepan risiko diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972." - Harakahdaily.

"Wahai manusia, makanlah apa-apa yang ada di muka bumi daripada benda-benda yang halal lagi baik dan janganlah kamu menurut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya ia (syaitan) seteru kamu yang nyata.”

Proses kejadian manusia pertama - Adam Alaihi As-Salam

Pada suatu ketika, Allah menitahkan Jibrail ke bumi mengambil sebahagian tanahnya mencipta Adam. Tetapi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi bimbang Adam berbuat maksiat kepada Allah.


Lalu Jibrail kembali menemui Tuhan, ia tidak berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Kemudian Allah memerintahkan malaikat Mikail, jawaban bumi tetap sama dan Allah menitah pula Israfil, tetapi bumi masih enggan dan masing-masing kembali dengan penuh hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail ke bumi. Kata Allah: “Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.

Meskipun bumi menyumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau undur. Katakan aku melakukan atas perintah dan atas nama-Ku.”

Apabila Izrail ke bumi dan menyampaikan perintah Allah, bumi akhirnya akur tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, dia kembali ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kelak Ku tugaskan engkau mencabut roh manusia.”

Maka Izrail bimbang dibenci manusia. Lalu Allah berfirman: “Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar atau sakit.”


Tanah bagaimana dijadikan Adam?

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kauthar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah Babylon
10. Tanah India
11. Tanah Syurga
12. Tanah Tha’if

Kata Ibnu Abbas:

1. Kepala Adam dari tanah Baitul Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Tursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari telaga Al-Kauthar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kauthar, tempat manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesame manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks (berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Tursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu dan kemahuan.
13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap syahadah, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

 Bagaimanakah prosesnya:

 1. Ketika Allah menjadikan Adam, tanah itu bercampur air tawar, air masin, air hanyir, angin, api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan pelbagai “sifat”.
2. Lalu tumbuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan di dalam “Alam Malakut”.
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air “Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”. Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke tubuh Adam, ia malas dan enggan, malah berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.

Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya ia menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya.

Sebagai peringatan yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Hal ini bisa kita lihat meskipun orang kulitnya hitam, warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada Sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala dan dua liang di bawah badan letaknya. Tujuh buah letaknya di kepala: dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut. Yang dua dibawah: sebuah liang kemaluan dan liang dubur.


Pancaindera:


1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainnya, seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Selepas roh masuk tubuh Adam perlahan-lahansehingga kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah member kekuatan pada Izrail memasukkan roh ke tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini mencabut nyawa manusia.

Selepas meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusun urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri dan kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih adalah tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan malaikat yang sedang menyaksikan kejadina dia.

Keitka itu Adam mendengar malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah mengajarnya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam yang pertama kepada Allah.

Lalu Allah berkata: “Yarhamukallah” yang ertinya: “semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh itu kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucapkan “Alhamdulillah” dan orang mendengar mengucapkan “Yarhamukallah”.

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya ke bawah masih menjadi tanah keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa”.

Maka ketika roh itu sampa di perutnya, terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka ketika itu terasa lapar. Kemudian terus roh itu meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadilah darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, kian lama kian bagus dan halus.

Apabila kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah adalah jenis makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat kagum melihat Adam yang menawan. Adam diarak malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah ke tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Wallahua’lam.

Thursday, August 12, 2010

Tawau bebas miskin tegar?

Tawau diumum daerah pertama Sabah bebas kemiskinan tegar. – dilaporkan dalam The Malaysian Insider/Bernama pada 1 Ogos 2010.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tawau-diumum-daerah-pertama-sabah-bebas-kemiskinan-tegas/

Masyarakat daerah ini harus berbangga dengan pengumuman ini oleh Ketua Menteri Sabah Dato Seri Musa Aman. Apapun, mungkin kita harus meneliti sumber yang menyatakan perkara tersebut.