" Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." - Surah al-Baqarah, ayat 183.

Wednesday, August 11, 2010

Kg Pasir Putih Banjir Kilat - 1

Beginilah keadaan rumah yang dilanda banjir kilat baru-baru ini di kampung Pasir Putih, Tawau Sabah. Mungkin ratusan rumah hampir ditenggelami air pada paras lebih kurang 15 kaki dari atas tanah dengan air yang sangat deras dan berlumpur. Ramai dikalangan penduduk kampung tidak dapat melarikan diri dari rumah masing-masing dan terperangkap disebabkan air banjir naik sangat cepat sehingga menenggelami laluan dan jambatan penghubung. Bagi menyelamatkan diri, penduduk yang terperangkap telah menebuk siling dan bumbung rumah seterusnya memanjat naik ke atas bumbung dengan segera. Kejadian yang sangat mencemaskan ini berlaku dalam keadaan gelap di awal malam kira-kira pukul 7.30 petang. Bekalan elektrik terputus kerana mungkin pencawang ditenggelami air dan berlaku litar pintas. Dilaporkan air banjir mula surut pada pukul 12.30 awal pagi sehinggalah pukul 4.00 pagi surut sepenuhnya.


No comments:

Post a Comment