" Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." - Surah al-Baqarah, ayat 183.

Thursday, August 12, 2010

Antara bajet dan janji

"Pada tahun 2010, kerajaan negeri dijangka mendapat peruntukan
Persekutuan berjumlah RM1,158.98 juta dengan sejumlah RM117.80 juta
adalah untuk membiayai sektor pertanian dan perhutanan, RM73.00 juta

untuk perindustrian manakala sejumlah RM968.18 juta adalah untuk
infrastruktur dan pengangkutan. Peruntukan daripada persekutuan ini
adalah dalam bentuk pinjaman, imbuhbalik dan pemberian langsung.
Dengan yang demikian jumlah peruntukan pembangunan pada
keseluruhannya untuk tahun 2010 adalah berjumlah RM2,268.81 juta."

Melihat kepada bajet yang dibentangkan seolah-olah hidup rakyat dapat menarik nafas lega. Namun pada kebiasaannya, ia hanya indah khabar dari rupa. Sebagai bukti banyak sudah projek-projek kerajaan yang tertunda dan terbengkalai. Tidak dinafikan ada yang berjaya disiapkan tapi tidak mempunyai kualiti dan piawaian yang ditetapkan. Kalau hendak disenaraikan satu-persatu memang terlalu banyak.

Apapun, rakyat marhaen ini sentiasa berharap agar mereka mendapat pembelaan dan menikmati hak-hak mereka yang sepatutnya bukan sebaliknya. Jadi sama-samalah kita menyaksikan agenda dan janji-janji kerajaan untuk rakyat ini, sepertimana slogan yang acap kali didengari "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

No comments:

Post a Comment