" Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." - Surah al-Baqarah, ayat 183.

Thursday, August 12, 2010

Kg Pasir Putih Banjir Kilat - 2

Pada 12/08/2010 hari khamis bersamaan 2 Ramadhan 1431H, usaha untuk membawa usul bencana banjir kilat Kg Pasir Putih Tawau oleh penduduk kampung sedang berjalan dimulakan dengan pengambilan nama dan tandatangan penduduk kampung sebagai tanda sokongan usaha tersebut. Penduduk kampung yang terlibat dalam bencana ini kini sudah serik dengan jawatankuasa kampung yang menyepi sejuta bahasa dalam permasalahan ini sejak sekian lama. Dilaporkan penduduk kampung telah mengetengahkan permasalahan ini kepada jawatankuasa kampung dan juga pihak berkenaan sejak dahulu lagi, namun tindakan susulan masih sepi dan tiada respon. Memang terdapat papan tanda ditepi sungai buatan di Jalan Sin San untuk kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf sungai tersebut namun ia seolah-olah mengabui mata penduduk kampung dan seperti projek melepaskan batuk ditangga sahaja. Apa tidaknya, projek tersebut seperti tidak terancang yang mana ulu sungai tersebut agak besar tetapi dihilir sungai amat sempit dan tiada projek atau kerja-kerja pembaikan dan pembesaran sungai dilakukan. Sepatutnya sungai tersebut dibina terus ke laut bukannya dihambur dihadapan kampung. Bukankah ini seperti meletakkan kampung ini di suatu tadahan atau kolam banjir? Penduduk kampung kini sudah sangat trauma dengan kejadian banjir kilat yang hampir menenggelamkan rumah mereka dan mengancam nyawa mereka.



Mungkin sebelum ini penduduk kampung masih boleh bertahan dengan malasah hasil tangan-tangan manusia yang mementingkan diri sendiri. Dilaporkan, asalnya tiada lencongan air sungai dari Sungai Jambatan Putih ke kampung ini sejak 20 tahun lalu. Disebabkan limpahan banjir sering melanda beberapa kampung dan tempat sepanjang sungai ini seperti di kampung Pisang dan Apas batu 2, usaha telah dilakukan untuk membina lencongan air sungai dari Sungai Jambatan Putih dialihkan ke Kg Pasir Putih. Walaupun ini adalah suatu opsyen untuk mengelakkan masalah limpahan banjir disebelah hilir sungai (Kg Pisang, Apas Batu 2 dan sebagainya), namun pembinaan ini tidak terancang dan tidak membuat penyelidikan dan kajian sepenuhnya tentang impak dan kesan terhadap kampung orang lain seperti Kg pasir Puith. Kg Pasir Putih telah dibuka dan dipenghuni sejak awal tahun 80-an lagi dan lencongan sungai ini dibina pada awal 90-an. Sebelumnya tiada banjir kilat dilaporkan. Secara lojiknya, punca banjir kilat ini sememangnya berlaku disebabkan oleh pembinaan lencongan air sungai yang sangat tidak terancang ini.


Apapun, semoga usaha penduduk kampung ini berjaya bagi memastikan masalah banjir kilat ini tidak akan melanda lagi pada masa akan datang. Dan yang paling penting mengelak daripada kehilangan jiwa dan harta benda. Kepada pihak yang berkenaan yang kononnya mewakili atau mendahulukan penduduk dan rakyat, penduduk kampung akan bangkit menyedarkan kamu.

No comments:

Post a Comment