" Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." - Surah al-Baqarah, ayat 183.

Friday, August 13, 2010

BlackBerry

Research In Motion Limited (RIM) adalah sebuah syarikat perekacipta, pembuat dan pemasar produk tanpa wayar untuk pasaran komunikasi telefon mudah alih ke seluruh dunia. Melalui pembangunan bersepadu “hardware dan software” serta perkhidmatan-perkhidmatan yang menyokong piawaian jaringan tanpa wayar yang pelbagai, RIM menyediakan tapak dan penyelesaian bagi capaian mudah kepada maklumat masa sensitif, termasuk penggunaan emel, telefon, SMS, internet dan pangkalan intranet. Potfolio RIM adalah terdiri daripada produk, perkhidmatan dan “embedded technologies” yang digunakan oleh organisasi-organisasi di seluruh dunia dan memasukkan penyelesaian tanpa wayar BlackBerry, produk talian RIM Wireless Hand Held, peralatan pembangunan software dan lain-lain software dan hardware. Anak-anak syarikatnya termasuklah Research In Motion Corporation, Research In Motion UK Limited and RIM Finance, LLC. Pada 2 Jun 2010, Harman International telah menjual unit system beroperasi softwarenya, QNX Software System ke syarikat tersebut, RIM. Co-CEO James, Director Mr. L. Balsilie, Presiden, Co-CEO, Director Michael Lazaridis.



Baru-baru ini dunia komunikasi digemparkan dengan pengharaman BlackBerry oleh negara Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) atas sebab keraguan jaminan keselamatan penggunaan BlackBerry Messenger. Dilaporkan “server” BlackBerry adalah berpangkalan di Kanada menyebabkan Arab Saudi kurang selamat kerana tidak dapat memantau penggunaan BlackBerry tersebut oleh pengguna-penggunanya. Oleh sebab itu, Negara tersebut telah menghentikan perkhidmatan BlackBerry Messenger dalam beberapa jam kepada penggunanya. Kontroversi ini diselesaikan dengan mengadakan rundingan dengan RIM Kanada untuk mengadakan unit server BlackBerry sendiri di Arab Saudi agar mereka dapat melakukan pemantauan. Menurut sumber, terdapat 700,000 pengguna BlackBerry di Arab Saudi dan 500,000 di UAE.

Jika diteliti, memang ada kebenarannya tentang penggunaan “smartphone” yang canggih sebegini berpotensi diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Walaupun pada dasarnya, jurutera server dan IT BlackBerry mendakwa smartphone tersebut dilengkapi peralatan yang canggih untuk susah ditembusi oleh penceroboh mahupun virus.

Sungguhpun begitu, ramai dikalangan rakyat dan ahli-ahli IT di Indonesia mengambil langkah berwaspada terhadap penggunaan BlackBerry tersebut jika terdapat unsur-unsur cerobohan keselamatan dan maklumat oleh pihak lain. Seharusnya juga, pihak lain juga sentiasa memantau penggunanya agar alat canggih sebegini tidak disalahgunakan yang boleh mengundang isu-isu keselamatan khususnya keselamatan dan maklumat rahsia negara.

No comments:

Post a Comment